KANAK- KANAK CELIK IT - BELAJAR MENGENALI PERKAKASAN KOMPUTER, MICROSOFT OFFICE & CANVA.

Nama : Nur Anisha Safiya Binti Mohd Alamin
Umur : 9 tahun
Ahli : 2 September 2022

 

Latar belakang
Nur Anisha Safiya Binti Mohd Alamim merupakan pelajar sekolah rendah yang berumur 9 tahun. Beliau menyatakan bahawa beliau kurang pengetahuan dalam bidang ICT. Beliau sangat minat dalam menggunakan komputer dan bidang ICT. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Anisha kurang mahir menggunakan komputer dan bidang ICT. Beliau ingin belajar dan menambahkan pengetahuan tentang penggunaan komputer dan bidang ICT. Beliau telah mendaftar sebagai ahli PEDi untuk mengikuti kelas ICT. Beliau telah mengikuti banyak kelas ICT yang telah dijalankan di PEDi. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah menyertai kelas ICT yang dibimbing oleh petugas PEDi Guchil, beliau merasakan banyak pengetahuan dan manfaat yang diperoleh dari menghadiri kelas ICT di PEDi. Banyak yang beliau semasa menghadiri kelas, antaranya Microsoft, CANVA, e-pembelajaran dan banyak lagi. Beliau berharap agar lebih mahir dalam penggunaan komputer setelah mengahadiri kelas dari PEDi untuk digunakan dalam bidang ICT.

 WhatsApp Image 2023-12-12 at 4.48.19 PM 1  WhatsApp Image 2023-12-12 at 4.48.19 PM

   

USAHAWAN CELIK IT - BERNIAGA SECARA ATAS TALIAN DAN PENGHANTARAN KE RUMAH.

Nama : Wan Sabariah Binti Wan Abdullah
Umur : 41 tahun
Ahli : 23 Jun 2022

 

Latar belakang
Puan Sabariah merupakan anak kelahiran dari Kuala Krai Kelantan. Beliau merupakan seorang kerani. Beliau mula menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan sejak berusia 30 tahun. Walaupun beliau mempunyai kerja yang tetap, oleh kerana minat dalam bidang perniagaan, beliau menceburi bidang perniagaan dengan hanya menjual produk kecantikan secara kecil-kecilan sebagai pendapatan sampingan. Beliau mula berniaga dengan menjual produk kecantikan kepada rakan-rakan, jiran-jiran dan saudara mara.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum menjadi ahli PEDi beliau tidak pernah mengikuti kelas di mana-mana PEDi yang berdekatan. Beliau lebih gemar menggunakan platform sosial media di Facebook. Beliau juga memulakan perniagaan berbekalkan ilmu yang dipelajarinya daripada youtube. Pendapatan bulanan yang diperoleh beliau hanya sekitar RM 150 sahaja sebulan. Dengan modal yang diperoleh, beliau membuat pusingan modal untuk mengembangkan perniagaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Bermula dengan menghantar anak mengikuti kelas ICT di PEDi, beliau mula mendaftar sebagai ahli PEDi pada bulan 6 tahun 2022. Dengan itu, beliau giat mengikuti kelas dan latihan yang dijalankan di PEDi. Kelas pertama yang diikutinya adalah kelas Shopee. Kemudian, kelas kedua adalah kelas Tiktok. Dengan kelas yang diadakan, beliau belajar untuk membuka akaun, menambah produk, cara-cara mengisi maklumat produk yang menarik, mengambil pesanan dan menghantar barangan jualan, tips menghasilkan sales bulanan, sunting video, live dan lain-lain. Sekarang, beliau menggunakan platform Shopee dan TikTok sebagai pusat utama jualan beliau, diikuti Whatsapp Business & Instagram sebagai platform penambahan. Dengan bantuan dari PEDi dan Rakan Digital (RD) beliau dapat menambahkan dan mengembangkan lagi jualan di platform tersebut. Hasil daripada jualan itu, jualan diperolehi sebanyak lebih RM800 setiap bulan. Ramai yang telah menjadi pelanggan tetap produk kecantikan yang dijual beliau.

Gambar Disini

USAHAWAN CELIK IT - BERNIAGA SECARA ATAS TALIAN DAN PENGHANTARAN KE RUMAH.

Nama : Siti Hasma Halimatun Binti Mat Zin
Umur : 35 tahun
Ahli : 15 Jun 2022

 

Latar belakang
Puan Hasma merupakan anak kelahiran dari Kuala Krai, Kelantan. Beliau merupakan seorang suri rumah. Mula berniaga secara kecil-kecilan sejak berusia 27 tahun kerana minat dalam bidang perniagaan. Permulaan meniaga beliau ialah dengan menjadi dropship menjual produk kecantikan. Beliau aktif menjual produk kecantikan kepada rakan-rakan, jiran-jiran dan saudara mara.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum menjadi ahli PEDi beliau tidak pernah mengikuti kelas di mana-mana PEDi yang berdekatan. Beliau lebih gemar menggunakan platform sosial media seperti whatsapp dan facebook sahaja untuk berniaga. Bahkan, beliau memulakan perniagaan hanya berbekalkan ilmu yang telah dipelajari sendiri daripada youtube. Pendapatan bulanan yang diperoleh beliau hanya sekitar RM 200 sahaja sebulan. Dengan modal yang diperolehi, beliau membuat pusingan modal untuk meneruskan perniagaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Bermula dengan menghantar anak mengikuti kelas ICT di PEDi, beliau mula berminat dan mendaftar sebagai ahli PEDi pada tahun 2022. Justeru itu, beliau sentiasa mengikuti kelas dan latihan yang dijalankan di PEDi. Kelas pertama beliau ialah belajar berkenaan Canva untuk mencipta logo perniagaan beliau. Kemudian, beliau belajar memulakan perniagaan melalui platform Shopee. Beliau semakin aktif berniaga dan mengembangkan lagi perniagaan melalui paltform lain seperti Tiktok dan Instagram. Dengan bantuan tunjuk ajar dan promosi dari PEDi, beliau dapat menambahkan lagi pendapatan jualan sebanyak lebih RM1000 setiap bulan. Kini, beliau merupakan ejen produk kecantikan, serta mempunyai pengikut yang ramai dan pelanggan tetap di platform Tiktok, Shopee, Instagram, Facebook dan Whatsapp.

Gambar Disini

 

KANAK- KANAK CELIK IT - BELAJAR MENGENALI PERKAKASAN KOMPUTER, MICROSOFT OFFICE & CANVA.

Nama : Nur Dhia Ayuhni Binti Mohd Khairul Azwan
Umur : 11 tahun
Ahli : 5 Ogos 2022

 

Latar belakang
Nur Dhia Ayuhni Binti Mohd Khairul Azwan merupakan pelajar sekolah rendah yang berumur 11 tahun. Beliau menyatakan bahawa belajar ICT akan membantu proses pembelajaran beliau lebih mudah dan mendapat input yang begitu banyak. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Dhia kurang mahir menggunakan komputer dan bidang ICT. Beliau juga menyatakan bahawa SDCD/DCPCD 01032016 ITEM JENIS INFORMATION MAKLUMAT pengetahuan beliau terhad kerana kurang pengetahuan dalam bidang ICT. Beliau ingin belajar dan menambahkan pengetahuan tentang penggunaan komputer dan bidang ICT. Beliau telah mendaftar sebagai ahli PEDi untuk mengikuti kelas ICT. Beliau telah mengikuti banyak kelas ICT yang telah dijalankan di PEDi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah menyertai kelas ICT yang dibimbing oleh petugas PEDi Guchil, beliau merasakan banyak pengetahuan dan manfaat yang diperoleh dari menghadiri kelas ICT di PEDi. Banyak yang beliau semasa menghadiri kelas, antaranya Microsoft, CANVA, e-pembelajaran dan banyak lagi. Beliau berharap agar lebih mahir dalam penggunaan komputer setelah mengahadiri kelas dari PEDi untuk digunakan dalam bidang ICT.

 724da631-e31a-45d9-8b8f-4373d5270e01  WhatsApp Image 2022-09-06 at 5.32.05 PM

KANAK- KANAK CELIK IT - BELAJAR MENGENALI PERKAKASAN KOMPUTER, MICROSOFT OFFICE & CANVA.

Nama : Muhammad Qasyaf Ramadhan Bin Mohd Rosly
Umur : 9 tahun
Ahli : 5 Ogos 2022

 

Latar belakang
Muhammad Qasyaf Ramadhan Bin Mohd Rosly merupakan pelajar sekolah rendah yang berumur 9 tahun. Beliau mula minat dalam bidang ICT sejak menjadi ahli PEDi semasa Hari Bersama Komuniti PEDi. Bermula dari situlah beliau selalu datang ke kelas ICT yang diadakan di PEDi.  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Qasyaf ingin membuat perubahan kepada dirinya dengan menambah pengetahuan tentang bidang ICT. Pada beliau, zaman sekarang sangat penting teknologi computer yang banyak membantu dalam pelajran. Dengan bantuan ibubapanya, beliaumendaftar sebagai ahli PEDi Guchil untuk menghadiri kelas asas komputer di PEDi Guchil.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah sekian lama menghadiri kelas ICT yang dibimbing oleh petugas PEDi Guchil, beliau telah belajar banyak pengetahuan tentang ICT termasuk E-pembelajaran, Microsoft Office dan beberapa lagi. Beliau sangat gembira belajar ICT di PEDi kerana banyak input yang diperolehi. 

 WhatsApp Image 2022-12-30 at 3.08.37 PM 1   WhatsApp Image 2023-01-20 at 11.58.02 AM 1