REMAJA CELIK IT - USAHAWAN BERNIAGA SECARA ATAS TALIAN DAN PENGHANTARAN KE RUMAH.

Nama : Nur Najihah Binti Abdul Karim
Umur : 19 tahun
Ahli : 18 Januari 2022

 

Latar belakang
Cik Najihah merupakan anak kelahiran dari Bachok Kelantan. Beliau merupakan pelajar lepasan STPM. Beliau mula menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan sejak berusia 15 tahun kerana minat dalam bidang perniagaan. Beliau mula berniaga dengan menjual tudung kepada rakan-rakan di sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum menjadi ahli PEDi beliau tidak pernah mengikuti kelas di mana-mana PEDi yang berdekatan. Beliau juga memulakan perniagaan dengan ilmu yang dipelajari daripada ibu saudaranya yang juga seorang ushawan kain di pasar. Pendapatan bulanan yang diperoleh beliau hanya sekitar RM 100 sahaja sebulan. Pelanggan beliau ketika itu hanyalah rakan-rakan sekolah sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Berbekalkan dengan usaha, beliau mendaftar sebagai ahli PEDi dan mengikuti kelas dan latihan yang dijalankan di PEDi. Selepas itu, beliau mula membuka kedai di Shopee. Beliau menggunakan platform Shopee dan Facebook sebagai pusat jualan beliau. Beliau menjual produk coklat di Shopee dan Facebook. Dengan bantuan promosi dari PEDi, beliau dapat menambahkan lagi jualannya di Shopee dan Facaebook. Hasil daripada jualan di platform Shopee dan Facebook beliau mendapat jualan sebanyak lebih RM300 setiap bulan.

Gambar Disini