KEMUDAHAN AWAM SEKITAR GUCHIL

Malaysia ialah sebuah negara yang pesat membangun. Selaras dengan pembangunan yang pesat ini, pelbagai kemudahan disediakan oleh pihak yang berwajib bagi membantu rakyat menikmati keselesaan hidup. Satu daripada kemudahan yang disediakan ialah kemudahan awam. Kemudahan awam yang dimaksudkan adalah seperti telefon awam, taman rekreasi, pondok perhentian bas, tandas awam dan lain-lain. Antara kemudahan asas lain yang ada di Guchil seperti:-

1. Stesen Bas Kuala Krai.

2. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Guchil.

3. Stesen Minyak Caltex.

4. Stesen Minyak Petronas.

5. Masjid An-Nur Guchil.

6. Masjid Al-Jauhar Guchil.

7. Bank Rakyat.

8. Pejabat Pos.

9. J&T Express.

10. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

11. Pejabat Perhidmatan Veterinar Jajahan Kuala Krai.

12. TM Point Kuala Krai.

13. Stesen Keretapi Kuala Krai.

14. Pasaraya Pantai Timur Kuala Krai.

15. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Kuala Krai.

16. Mahkamah Rendah Syariah Kuala Krai.

17. Mahkamah Majistret Kuala Krai.

18. Air Kelantan Sdn. Bhd.

Penambahbaikan dari masa ke semasa sentiasa dilakukan oleh pihak berwajib bagi memastikan kemudahan yang disediakan dapat digunakan oleh penduduk setempat untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.