USAHAWAN KARIPAP MINI KAK SAL
Karipap Mini Kak Sal merupakan usahawan tempatan bimbingan RISDA dan KESEDAR yang telah beroperasi selama 3 Tahun. Jumlah pengeluaran sebanyak 18000biji/minggu. Syarikat Karipap Mini Kak Sal dimiliki oleh individu bernama Sapurah Binti Razali. Syarikat Karipap Mini Kak Sal mempunyai 9 orang pekerja. Waktu operasi dari 8.00 pagi - 5.00 petang pada setiap hari kecuali pada hari Jumaat. Perniagaan Karipap Mini Kak Sal menawarkan servis jualan secara runcit, borong dan ejen. Selain itu, Syarikat Mini Kak Sal juga menjadi tumpuan penduduk tempatan kerana menjual pelbagai jenis kerepek, makanan kering dan makanan sejuk beku dengan harga yang berpatutan.Purata pendapatan pemilik Syarikat Karipap Mini Kak Sal ialah RM10,000/bulan. Syarikat ini merupakan antara syarikat tempatan yang berjaya membawa nama ke suluruh Malaysia.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk karipap mini Kak Sal, boleh hubungi: