USAHAWAN CELIK IT - BERNIAGA SECARA ATAS TALIAN DAN PENGHANTARAN KE RUMAH.

Nama : Siti Hasma Halimatun Binti Mat Zin
Umur : 35 tahun
Ahli : 15 Jun 2022

 

Latar belakang
Puan Hasma merupakan anak kelahiran dari Kuala Krai, Kelantan. Beliau merupakan seorang suri rumah. Mula berniaga secara kecil-kecilan sejak berusia 27 tahun kerana minat dalam bidang perniagaan. Permulaan meniaga beliau ialah dengan menjadi dropship menjual produk kecantikan. Beliau aktif menjual produk kecantikan kepada rakan-rakan, jiran-jiran dan saudara mara.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum menjadi ahli PEDi beliau tidak pernah mengikuti kelas di mana-mana PEDi yang berdekatan. Beliau lebih gemar menggunakan platform sosial media seperti whatsapp dan facebook sahaja untuk berniaga. Bahkan, beliau memulakan perniagaan hanya berbekalkan ilmu yang telah dipelajari sendiri daripada youtube. Pendapatan bulanan yang diperoleh beliau hanya sekitar RM 200 sahaja sebulan. Dengan modal yang diperolehi, beliau membuat pusingan modal untuk meneruskan perniagaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Bermula dengan menghantar anak mengikuti kelas ICT di PEDi, beliau mula berminat dan mendaftar sebagai ahli PEDi pada tahun 2022. Justeru itu, beliau sentiasa mengikuti kelas dan latihan yang dijalankan di PEDi. Kelas pertama beliau ialah belajar berkenaan Canva untuk mencipta logo perniagaan beliau. Kemudian, beliau belajar memulakan perniagaan melalui platform Shopee. Beliau semakin aktif berniaga dan mengembangkan lagi perniagaan melalui paltform lain seperti Tiktok dan Instagram. Dengan bantuan tunjuk ajar dan promosi dari PEDi, beliau dapat menambahkan lagi pendapatan jualan sebanyak lebih RM1000 setiap bulan. Kini, beliau merupakan ejen produk kecantikan, serta mempunyai pengikut yang ramai dan pelanggan tetap di platform Tiktok, Shopee, Instagram, Facebook dan Whatsapp.

Gambar Disini