KANAK- KANAK CELIK IT - BELAJAR MENGENALI PERKAKASAN KOMPUTER, MICROSOFT OFFICE & CANVA.

Nama : Nur Syifa Khumaira Binti Mohd Rosly
Umur : 13 tahun
Ahli : 5 Ogos 2022

 

Latar belakang
Nur Syifa Khumaira Binti Mohd Rosly merupakan pelajar sekolah menengah yang berumur 13 tahun. Beliau akan mempelajari subjek ICT di sekolah menengah. Semenjak beliau berumur 12 tahun, beliau telah datang ke PEDi untuk belajar tentang ICT. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Syifa ingin menambah pengetahuan tentang menggunakan komputer. Bagi beliau, zaman sekarang sangat penting teknologi komputer. Dengan bantuan ibubapanya, beliaumendaftar sebagai ahli PEDi Guchil untuk menghadiri kelas asas komputer di PEDi Guchil.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah menyertai kelas ICT yang dibimbing oleh petugas PEDi Guchil, beliau telah belajar banyak pengetahuan tentang ICT termasuk E-pembelajaran, Microsoft Office dan beberapa lagi. Beliau sangat gembira belajar ICT di PEDi kerana banyak input yang diperolehi. 

  WhatsApp Image 2022-12-30 at 3.08.33 PM    WhatsApp Image 2023-02-18 at 9.21.13 AM