REMAJA CELIK IT - USAHAWAN BERNIAGA SECARA ATAS TALIAN DAN PENGHANTARAN KE RUMAH.

Nama : ALYAA AFIZA BINTI HASHIM
Umur : 23 tahun
Ahli : 5 April 2022

 

Latar belakang
Cik Alyaa merupakan anak kelahiran dari Kuala Krai Kelantan. Beliau merupakan pelajar lepasan STAM. Beliau mula menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan sejak berusia 18 tahun kerana minat dalam bidang perniagaan yang bermula dengan menolong ibu meniaga di pasar. Beliau mula berniaga dengan menjual tudung kepada rakan-rakan, jiran-jiran dan saudara mara.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum menjadi ahli PEDi beliau tidak pernah mengikuti kelas di mana-mana PEDi yang berdekatan. Beliau lebih gemar menggunakan platform sosial media. Beliau juga memulakan perniagaan berbekalkan ilmu daripada youtube. Pendapatan bulanan yang diperoleh beliau hanya sekitar RM 120 sahaja sebulan. Dengan modal yang diperoleh, beliau membuat pusingan modal untuk meneruskan perniagaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Bermula dengan ingin fotostat dokumen di PEDi, atas nasihat petugas PEDi beliau berdaftar sebagai ahli PEDi. Selepas itu, beliau sentiasa mengikuti kelas dan latihan yang dijalankan di PEDi. Kali pertama beliau mengikuti kelas di PEDi, beliau mula membuka kedai di Shopee. Beliau menggunakan platform Shopee dan Instagram sebagai pusat jualan beliau. Beliau menjual produk tudung di Shopee dan Instagram. Dengan bantuan promosi dari PEDi, beliau dapat menambahkan lagi jualannya di Shopee dan Instagram. Hasil daripada jualan di platform Shopee dan Instagram beliau mendapat jualan sebanyak lebih RM350 setiap bulan. Ramai yang telah menjadi pelanggan tudung beliau.

Gambar Disini