KANAK- KANAK CELIK IT - BELAJAR MENGENALI PERKAKASAN KOMPUTER, MICROSOFT OFFICE & CANVA.

Nama : Nur Anisha Safiya Binti Mohd Alamin
Umur : 9 tahun
Ahli : 2 September 2022

 

Latar belakang
Nur Anisha Safiya Binti Mohd Alamim merupakan pelajar sekolah rendah yang berumur 9 tahun. Beliau menyatakan bahawa beliau kurang pengetahuan dalam bidang ICT. Beliau sangat minat dalam menggunakan komputer dan bidang ICT. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Anisha kurang mahir menggunakan komputer dan bidang ICT. Beliau ingin belajar dan menambahkan pengetahuan tentang penggunaan komputer dan bidang ICT. Beliau telah mendaftar sebagai ahli PEDi untuk mengikuti kelas ICT. Beliau telah mengikuti banyak kelas ICT yang telah dijalankan di PEDi. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah menyertai kelas ICT yang dibimbing oleh petugas PEDi Guchil, beliau merasakan banyak pengetahuan dan manfaat yang diperoleh dari menghadiri kelas ICT di PEDi. Banyak yang beliau semasa menghadiri kelas, antaranya Microsoft, CANVA, e-pembelajaran dan banyak lagi. Beliau berharap agar lebih mahir dalam penggunaan komputer setelah mengahadiri kelas dari PEDi untuk digunakan dalam bidang ICT.

 WhatsApp Image 2023-12-12 at 4.48.19 PM 1  WhatsApp Image 2023-12-12 at 4.48.19 PM