KANAK- KANAK CELIK IT - BELAJAR MENGENALI PERKAKASAN KOMPUTER, MICROSOFT OFFICE, E-PEMBELAJARAN & CANVA.

Nama : Marsya Sufiatul Aisyah Binti Rosli
Umur : 11 tahun
Ahli : 5 Ogos 2022


Latar belakang
Marsya merupakan pelajar sekolah rendah yang berumur 11 tahun. Jelasnya, pembelajaran ICT memudahkan proses pembelajaran dan memberi lebih banyak input.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Marsya kurang kemahiran komputer dan ICT. Beliau juga berkata pengetahuannya terhad kerana kurang pengetahuan tentang bidang ICT. Beliau ingin mempelajari dan mendalami ilmu tentang cara menggunakan komputer dan bidang ICT. Beliau mendaftar sebagai ahli NADI untuk mengikuti kursus ICT. Beliau telah mempelajari banyak kursus ICT yang diajar di NADI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas mengikuti kursus ICT yang dijalankan oleh petugas NADI Guchil, beliau merasakan banyak ilmu dan faedah yang diperolehi apabila menyertai kursus ICT di NADI. Beliau juga mengambil banyak ilmu dalam ICT termasuk Microsoft, CANVA, e-pembelajaran dan banyak lagi. Beliau berharap agar lebih mahir menggunakan komputer selepas mengikuti kursus penggunaan komputer di NADI dalam bidang ICT.

WhatsApp Image 2024-01-26 at 12.09.07 PM   WhatsApp Image 2024-06-28 at 3.01.39 PM 1