USAHAWAN CELIK IT - BERNIAGA SECARA ATAS TALIAN DAN PENGHANTARAN KE RUMAH.

Nama : Sapurah Binti Razali
Umur : 42 tahun
Ahli : 1 April 2022


Latar belakang
Puan Sapurah merupakan anak jati kelahiran Kuala Krai, Kelantan. Beliau merupakan seorang usahawan tempatan di bawah bimbingan MARA Kuala Krai. Mula menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan semasa berumur 32 tahun. Dengan minat dan bakat yang ada, beliau mula menceburi bidang perniagaan dengan menghasilkan dan menjual produk karipap mini 'homemade'. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum menjadi ahli NADI, beliau tidak pernah mengikuti kelas di mana-mana NADI yang berdekatan. Secara amnya, beliau lebih gemar menggunakan platform media sosial seperti Facebook dan Youtube untuk belajar sendiri cara-cara memulakan perniagaan di atas talian dan mencari ilmu-ilmu 'marketing'. Platform pertama yang beliau gunakan untuk menjual adalah melalui whatsapp, beliau mengiklan dan menjual kepada rakan-rakan kenalan dan saudara mara terdekat. Pendapatan bulanan yang diperolehi oleh beliau hanya sekitar RM 200 hingga RM 500 sahaja sebulan. Dengan keuntungan modal yang diperolehi, beliau membuat pusingan modal untuk meneruskan perniagaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Bermula dengan menghadirkan diri sebagai pelawat di NADI Guchil, beliau mula tertarik dengan kemudahan dan tawaran kelas keusahawanan yang disediakan di NADI dan mendaftar sebagai ahli NADI. Dengan adanya asas ilmu perniagaan, beliau mula aktif terlibat dengan kelas-kelas yang disediakan oleh NADI. Antara kelas pertama yang beliau sertai ialah kelas Tiktok, bersama usahawan-usahawan dibawah bimbingan MARA Kuala Krai. Diikuti dengan kelas Shopee serta kelas-kelas keusahawanan yang lain. Hasil dari sikap rajin beliau, kini beliau semakin mahir menguruskan perniagaan di Tiktok, Shopee, Facebook dan Whatsapp. Malah, produk beliau juga telah dipelbagai seperti popia simpul, karipap frozen dan lain-lain. Bahkan, purata jualan beliau juga meningkat sebanyak RM1000 hingga RM3000 setiap bulan. 

Gambar Disini