KANAK- KANAK CELIK IT - BELAJAR MENGENALI PERKAKASAN KOMPUTER, MICROSOFT OFFICE & CANVA.

Nama : Muhammad Asyraf Bin Ridhwan
Umur : 9 tahun
Ahli : 28 Januari 2022


Latar belakang
Asyraf merupakan seorang pelajar sekolah rendah di daerah Kuala Krai. Beliau selalu mengikuti kelas ICT di NADI Guchil. Bagi beliau pembelajaran berkaitan ICT amat penting pada masa kini. Beliau menghadiri kelas ICT di NADI Guchil setiap minggu. Melalui pembelajaran tentang ICT, beliau menjadi lebih berfikiran terbuka dan mampu membina identiti yang lebih baik. Kami juga percaya bahawa pembelajaran ICT akan meningkatkan pengetahuan akademik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Asyraf kurang kemahiran komputer dan ICT. Beliau juga berkata pengetahuannya terhad kerana kurang pendedahan secara terperinci tentang bidang ICT. Beliau ingin mempelajari dan mendalami ilmu tentang cara menggunakan komputer dan bidang ICT. Beliau mendaftar sebagai ahli NADI untuk mengikuti kursus ICT. Beliau sangat rajin melibatkan diri dengan kelas-kelas yang diadakan di NADI Guchil dengan bimbingan oleh petugas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas mengikuti kursus ICT yang dijalankan oleh petugas NADI Guchil, beliau merasakan banyak ilmu dan faedah yang diperolehi apabila menyertai kursus ICT di NADI. Beliau juga mengambil banyak ilmu dalam ICT termasuk Microsoft, CANVA, e-pembelajaran dan banyak lagi. Beliau berharap agar lebih mahir menggunakan komputer selepas mengikuti kursus penggunaan komputer di NADI dalam bidang ICT.

WhatsApp Image 2024-01-26 at 5.23.46 PM   WhatsApp Image 2023-12-29 at 3.12.21 PM 1