KANAK- KANAK CELIK IT - BELAJAR MENGENALI PERKAKASAN KOMPUTER, INTERNET & MENAIP

Nama : Anina Rybika Binti Mohd Sukri
Umur : 12 tahun
Ahli : 22 Januari 2022

 

Latar belakang
Anina Rybika Binti Mohd Sukri merupakan pelajar sekolah rendah yang berumur 12 tahun yang akan masuk alam sekolah menengah pada tahun hadapan. Sebelum ini, beliau mencari sebuah pusat untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang asas komputer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Anina Rybika kurang ilmu untuk menggunakan aplikasi Microsoft Office. Beliau merasakan aplikasi Microsoft Office agak sukar untuk difahami. Atas kesedaran diri sendiri beliau mendaftar sebagai ahli PEDi Guchil dan mendapatkan kelas asas komputer di PEDi Guchil.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Dengan menyertai kelas ICT yang dibimbing oleh petugas PEDi Guchil, beliau merasakan aplikasi Microsot Office sangat mudah untuk difahami dan digunakan. Beliau berharap untuk memahirkan lagi diri, dalam penggunaan Microsoft Office setelah memasuki alam sekolah menengah.

48a1b7a2-948a-4a7e-ab8f-10de716060d3    a8b88aeb-fa81-4cc0-8c3b-90d73702c1ef