KESIHATAN

Antara objektif utama pembinaan klinik kesihatan dan hospital adalah untuk menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan kepada masyarakat dengan lebih kondusif dan efisien. Dengan adanya kemudahan kesihatan ini masyarakat sekitar dapat manfaatkan sepenuhnya, serta dapat mempertingkatkan taraf kesihatan masyarakat yang lebih baik. 

Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai merupakan hospital yang kedua terbesar di Kelantan. Hopital ini mempunyai pakar-pakar yang bertauliah. HSIP merupakan tumpuan bagi pesakit di sekitar Kuala Krai dan daerah-daerah lain kerana perkhidmatan pakar yang ramai di HSIP. Hospital ini terletak di Jalan raya Kuala Krai-Gua Musang. Jarak dari Bandar Kuala Krai ke HSIP ialah sekitar 10 km.

Manakala, Klinik Kesihatan Bandar Kuala Krai menyediakan perkhidmatan untuk pesakit luar, kesihatan ibu dan anak, pergigian, pentadbiran dan pengurusan. Unit sokongan pula meliputi unit makmal, unit farmasi, unit pemulihan anggota dan unit perkhidmatan x-ray. Klinik ini beralamat Lot 2710, Jalan Pintas Kuarters Hospital Kuala Krai 18000 Kuala Krai, Kelantan.

 

HOSPITAL SULTAN ISMAIL PETRA (HSIP)

Hospital

 

KLINIK KESIHATAN BANDAR KUALA KRAI

klinik

 

Hospital Sultan Ismail Petra Kuala krai (HSIP)

Waktu Operasi: 24jam
Dibuka setiap hari

Hubungi: 09-9611666

Klinik Kesihatan Bandar Kuala Krai

Waktu Operasi: 8.00pagi – 5.00petang
Tutup: Jumaat dan Sabtu

Hubungi: 09-9668933

 

 

(Sumber:Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan)